28 May 2012

Selamat Pengantin Baru wok!

        ~Assalamualaikum~

Hahaihahaiahahai... Lama aih x update belog comel ni. Kikikiki... *comel ke? Huh. Kemain bz lagi aku. Tahu sebab ape? Haa...

Almaklumlah... Cuti sekolah kan. Tahu2 jela kenduri time2 cuti ni memang banyak.. Tapi kali ni kenduri kat rumah sendiri. Haha. Memang tak sah la kalau tak bz kn..  Tapi bukan kenduri aku la. Ni wedding kakak aku. Kikikikiki...


Alhamdulillah... Majlis berjalan dengan lancar... Terima kasih buat yang sudi datang ;)



Published with Blogger-droid v2.0.4

17 March 2012

Reunion dengan Buah Hati

^ Assalamualaikaum ^

Haih, rasanya dah lama aku tak cerita pasal buah2 hati aku kan? BUAH2 HATI?*(Kenape tak buah jambu ke? buah epal ke?tak pon buah-buahan? Ermmm..) Sejak bila pulak aku ade buah hati ni ? hahahaha..Hah, jangan nak terkejut sangat la... Ini la buah hati pengeren jantung aku tahu!*(betol ke eja macam tu?)

Sedar tak sedar dah nak nak masuk 2 bulan dah. Cepat betol masa berlalu kn? haha. punya lame x hupdate blog. kuikuikui~~ Cuti Chinese New Year yang lepas kitorang amek kesempatan cuti raya yang bukan raya kita ni untuk buat reunion.. Best wooh! Lama gila x jumpa buah2hatiku neyy! Rindu sangat2 weyy! sampai dah rindu balik baru nak hupdate belog! hahaha~

Selepas ditapis2 dan ditambah tolak, sorang je buahhati yang tak nak join! huh. *Anak cik ita. Please take note: Reunion lepas ni awak WAJIB join hokeyyy!! Hahahaha.. 

Actually, reunion ni untuk satu kelas.. tapi macam yang dah di agak2 oleh aku, muke2 buahhati aku jugak yg akan join.. Kite buat reunion ni bukan ape,untuk mengeratkan tali persahabatan kite jugak kan?.*cewahhhh.. Masing2 dah ade life sendiri. duduk dah jauh2.. time2 ni la nak jumpe balik.. nanti dah kawen lagila susah nak jumpe..xpelah kan? dah orang tak nak join, tak kan nak pakse2. *ayat nak sedey. huehuehue~  Tapi tak mengapa..even muke2 ni je yang join, reunion ni still berjalan dengan lancar.best tahu! best sangat2! hehe.. !

So, ke"EXCITED"an aku mula terasa seminggu sebelum tarikh reunion. Haha. (keq,uda,ct & xora.. aku tawu korang pon rase ape yang aku rase kan? kan? kan?hihiihi..)


DESTINASI REUNION:  Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai.
TARIKH: 21-22- & 23 / Januari 2012
TEMPAT PENGINAPAN : Seri Homestay.


* Kitorang decide untuk stay dekat homestay je untuk mengurangkan kos2 perbelanjaan yang lain.

Tapi notbad la... homestay ni best dan murah! kalau ade sape3 yang nak pegi Sungkai Hotspring aku suggestkan duduk homestay je la... Banyak lagi homestay dekat2 sini,boleh contact owner untuk tanye homestay2 lain... *eh,promote lak. hehe ;)


So, Lets go to "Our journey."
Sabtu 21hb JAN 2012:



Erkkk.. korang nampak tak ape yang berlaku kat gamba atas ni?? Haa. memamg tak der excident pon.. tapi "JEM" gilossss~~! Disebabkan oleh Jem yang tak diundang ni la kitorang yang dari KL ni sampai lambat dekat homestay. (*ampun kawan2. bukan sengaja nak lambat. hehe..)


Sampai2 homestay terus makan dulu. haha. Lapa kot. lame sangat perjalanannyer.. (* TENKIU for the Nasi ayam keq! ) hehe ;)


Dah habis makan, kitorang gerak g lepak2 petang lak dekat... *tasik ape pun x tahu namenyer. hihi~






Yeah.. dah seronok lepak3. belah malam kitorang layang BBQ lah. haaaaaa.. Ni hasil keras tangn cik huda kite yer. Saye adelah pembantu yang setia. hahaha~


 yummmyyy2!


Tudia. bersumgguh2 cik nurul ainza kite menyiapkan coeslow beliau. huhu! xsia2! sedap woi! huhu~

Ahad 22 Jan 2012;
Cerita banyak tak nak. Tengok gambar jela~ heee ;)
*sorry xdapat nak upload semua gambar. sensord sikit. haha.



kanak2 riang!



Haih. bila dah mandi2 sampai lebam. tibalah masa untuk pulang.. 

Tapi dengan xsengajanaya tercetus pula satu lagi aktiviti yang x disangka2. hahaha. Tapi malangya satu kejadian yang x diingini telah berlaku kepada cik huda. Namun begitu beliau gagahkan juga untuk meneruskan aktiviti ini..  HAR HAR HAR. Dah macam cerpen lah pulak..

Next Destination:
CAMERON HIGHLAND!!


yeah! ni je gamba yang sempat snap dekat cameron. haha. masing2 punye bateri camera dah kong.

SETIAP YANG BERLAKU PADA KETIKA INI BIARLAH IA MENJADI KENANGAN DIANTARA KITA

Hope kawan2 semua enjoyyy!!
Semoga kita berjumpa lagi.



Iluvualls~
bye!





02 February 2012

Spontaneous Thursday # 5

^ Assalamualaikum ^

aku tetap TERSENYUM walau sebenarnya aku KECEWA
aku tetap KUAT walau sebenarnya aku sudah TAK SANGGUP lagi..
aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya
baik2 saja walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA.
Kerana aku tahu,Allah sedang menguji aku di saat ini.

01 February 2012

Wordless Wednesday #4 : Alone.

^ Assalamualaikum ^


sob.sob.sob T__T
BYE!


31 December 2011

OMBAK RINDU

^ Assalamualaikum ^



Selamat pagi! yaaaa... tatkala ini jam tepat menunjukkan pukul 5:05 minit pagi. Angin malam seakan memahami kehendak mataku ini. Tetapi kugagahkan juga mata dan tenagaku untuk menghupdate belogku ini. huehuehue. Ehhhh.. berangan nak jadik penulis novel pulak!

Ye ye ye. aku tahu korang mesti dah tengok cerita ni kan??  Aku pon tengok jugakk la.. Baru je habis kesat2 air mata. hihi. Lambat? weeekkk ;). Masa mula2 cerita ni nak keluar aku dah pasang niat dah nak pegi tengok dekat wayang. Tapi bz la.. tak ada masa nak pegi.. Lagipun nak pegi tengok dengan sape? nak ajak BF. BF pon takde. Lalalaaaaa~ tak boleh la nak feeling2. hahaha.

So, aku memang tunggu masa untuk mendownlod je. Tiba2 semalam dekat facebook dah kecoh2  "OMBAK RINDU" dah boleh download. Aku pon ape lagi, dengan sepantas kilat terus aku download. Rugi hoiii x download.(bole tengok sorang2 feeling2 nanges. haha) Nak pegi tengok dekat wayang masa2 macam ni memang tak lahhhh...hihihi..Tapi aku rasa kalau aku pegi tengok dekat wayang lah kan, mesti akutak dapat nak feeling macam mana aku feeling tadi. kahkahkahkahkah... * Korang dapat bayangkan? hik~!

Eh,Dengar2 harini dekat youtube dorang dah delete dah Full movie "OMBAK RINDU". Nasib baiklah aku dah download...kikikiki.


PENDAPAT AKU untuk cerita ini;

  • MAYA KARIN? Oh, no! macam x sesuai je nak jadi IZZAH. Dia nampak sangat bandar la.... Kan best kalau heroin nampak macam kekampungan sikittt. huhu~
  • Hero sangat MACHO beb!! mak loike!!! mak suka!! haha~
  • Hmmm. tapi cerita macam kelam kabut sikit la.. aaaaaa.. semua mcam nak cepat2..part tu sikit. part ni sikit... xdan apa2 lagi Haris dah sayang gilaaaaaaaa kat Izzah. Haduiiiii... memangla cerita kat novel sangat panjang. Tapi bila buat movie macam ni rasa mcam cepat sangat masa tu berlalu.. T___T


Ok, ok dah takde apa nak komen. komen banyak2 pon aku tetap mengalirkan air mata lah tadi. sampai basah baju taw! *Errr..percaya ke?

Akhirkata;
REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENYERAH

kbai!