07 April 2011

MY GRADUATION DAY (Part 1)

Assalamualaikum~

Abaikan muka suci ini..haha
Hye.. sila baca tajuk diatas! haha.. ye2. ini entry pasal hari konvokesyen aku yg lepas. erk, mungkin ini entry basi..Peduli hape aku! hahaha.. nak hupdate jugak...maaf lah lambat hupdate. hehehe.. Keterujaan nak hupdate datang bila cik MUNIRATUL HUDA dah upload gambar dalam FB beliau.OH, terima kasih yer b! santek tul gamba. hehe..

Ops, ini baru raptai konvokesyen (19 MAC 2011). Meh nak citer siket perjalanan raptai kitorang.. Sesampai jer pagi uh dekat poli perghh, ramai giler la..Sampai jem la depan poli tuh.. Paling x boleh lupe aku kene sound dengan lecturer pasal parking. Jadahnyer ade parking dekat kene park tengah2 padang tu.. ciss, nasib  baik la lecturer kan, soo..ikot jela.. kang x konvo pulak den! hehe..Err, malas nak citer pasal tu. Semak! haha.. Ok, then gerak Dewan Sri Mutiara untuk pendaftaran para graduan. So, macam biaselah.. Aku n the geng mestilah orang paling last daftar. hahaha.. Malas nak rebut2 la konon. ngeh3.. Snap2 gamba dulu then dah daftar masuk dalam dewan untuk sesi raptai penuh~


So, mase pendaftaran para graduan tadi tu kitorang diberikan satu kad yang dipanggil "KAD PINTAR". Kat atas ni la rupenyer kad pintar tu. Kad pintar ni fungsinyer lebih kurang same je macam "SMART TAG". Kate pengarah Politeknik, POLITEKNIK SEBERANG PERAI adalah politeknik pertama yang menggunakan sistem kad pintar ni! (wah, agak bangga disitu,haha) Tak tawu la kalau aku salah dengar pulak en. kekekeke..

Sistem kad pintar ni akan sebut name graduan bila graduan tu naik atas pentas. Kire macam smart tag la. Bila kita lalu, die trus scan dan sebut nama kita.  x delah MC majlis penat nak menyebut name beriban graduan kan. Mau demam aku kalau jadi MC tu. hehe. 

Lepas dah settel sesi taklimat dan raptai, semua graduan kene pegi ambil jubah. Boleh anda bayangkan bagaimana keadaan mase tu x?? Haha, agak kekelamkabutan berlaku disitu.. Kalau pagi tadi kitorang jadi orang last yang daftar, mase ambil jubah ni kitorang cepat3 gerak pegi ambil jubah sebab memang sure berebut3 nak jubah cun kan.(padahal same jek, erkk) Memandangkan cuaca tengahhari yang sangatlah panas, semua pon dah macam gelisah nak settelkan cepat2 dengan perot yang dah menyanyi lagu Siti Nurhalija. adehh...

Aku x tawu sistem apela pulak yang dorang gunekan ni sampai dah jadi macam rusuhan dah mase nak daftar  Alumni PSP untuk dapatkan kupon ambil jubah. Erghh, nasib baikla kenderaan kecil (Cik MUNIRATUL HUDANURUL AINZA) ade. Dorang la yang menyelinap masuk dalam rusuhan tu untuk ambik kupon.hehehe.. Lepas dah ambil kupon baru la boleh pegi ambil jubah... Nak ambil jubah pulak satu hal lagi. Dah beratur punye lame baru tawu kene pegi tengok nombor kad jubah. Bhahahaha.. ape punye serr lah kan. aduhh... 2 of us lagi yang pegi tengok nombor tu.ct ngan uda. lagi 3 beratur sebab x nak bagi orang lain pegi depan. hahha. mane nak bagi, penat kot beratur...then dah dapat nombor masing2 barulah boleh amek jubah..aduhh...letih!

Tgk la ramainyer cmner..adehhhh..
Dah settel sume, ape lagi? Melantak la.kan..haha. kitorang tros gerak KFC  untuk memenuhkan kekosongan perot. huhuk.... Lepas tu balik, tido! 

Silalah layan gambar2 dibawah
SWEET MEMORIES









LOTss of  THANKss buat MUNIRATUL HUDA untuk gamba2 ini.


Sebelum korang KLIK pangkah kat atas tu. silalah tengok video yang aku cakap dah macam rusuhan tu. haha, Video ini diupload oleh salah seorang graduan PSP yang telah merakam aksi kekelamkabutan yang berlaku. saksikan lah!

P/s: Tunggu Part 2 punye pulak yer...

ok, BYE!

10 comments: