17 March 2012

Reunion dengan Buah Hati

^ Assalamualaikaum ^

Haih, rasanya dah lama aku tak cerita pasal buah2 hati aku kan? BUAH2 HATI?*(Kenape tak buah jambu ke? buah epal ke?tak pon buah-buahan? Ermmm..) Sejak bila pulak aku ade buah hati ni ? hahahaha..Hah, jangan nak terkejut sangat la... Ini la buah hati pengeren jantung aku tahu!*(betol ke eja macam tu?)

Sedar tak sedar dah nak nak masuk 2 bulan dah. Cepat betol masa berlalu kn? haha. punya lame x hupdate blog. kuikuikui~~ Cuti Chinese New Year yang lepas kitorang amek kesempatan cuti raya yang bukan raya kita ni untuk buat reunion.. Best wooh! Lama gila x jumpa buah2hatiku neyy! Rindu sangat2 weyy! sampai dah rindu balik baru nak hupdate belog! hahaha~

Selepas ditapis2 dan ditambah tolak, sorang je buahhati yang tak nak join! huh. *Anak cik ita. Please take note: Reunion lepas ni awak WAJIB join hokeyyy!! Hahahaha.. 

Actually, reunion ni untuk satu kelas.. tapi macam yang dah di agak2 oleh aku, muke2 buahhati aku jugak yg akan join.. Kite buat reunion ni bukan ape,untuk mengeratkan tali persahabatan kite jugak kan?.*cewahhhh.. Masing2 dah ade life sendiri. duduk dah jauh2.. time2 ni la nak jumpe balik.. nanti dah kawen lagila susah nak jumpe..xpelah kan? dah orang tak nak join, tak kan nak pakse2. *ayat nak sedey. huehuehue~  Tapi tak mengapa..even muke2 ni je yang join, reunion ni still berjalan dengan lancar.best tahu! best sangat2! hehe.. !

So, ke"EXCITED"an aku mula terasa seminggu sebelum tarikh reunion. Haha. (keq,uda,ct & xora.. aku tawu korang pon rase ape yang aku rase kan? kan? kan?hihiihi..)


DESTINASI REUNION:  Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai.
TARIKH: 21-22- & 23 / Januari 2012
TEMPAT PENGINAPAN : Seri Homestay.


* Kitorang decide untuk stay dekat homestay je untuk mengurangkan kos2 perbelanjaan yang lain.

Tapi notbad la... homestay ni best dan murah! kalau ade sape3 yang nak pegi Sungkai Hotspring aku suggestkan duduk homestay je la... Banyak lagi homestay dekat2 sini,boleh contact owner untuk tanye homestay2 lain... *eh,promote lak. hehe ;)


So, Lets go to "Our journey."
Sabtu 21hb JAN 2012:



Erkkk.. korang nampak tak ape yang berlaku kat gamba atas ni?? Haa. memamg tak der excident pon.. tapi "JEM" gilossss~~! Disebabkan oleh Jem yang tak diundang ni la kitorang yang dari KL ni sampai lambat dekat homestay. (*ampun kawan2. bukan sengaja nak lambat. hehe..)


Sampai2 homestay terus makan dulu. haha. Lapa kot. lame sangat perjalanannyer.. (* TENKIU for the Nasi ayam keq! ) hehe ;)


Dah habis makan, kitorang gerak g lepak2 petang lak dekat... *tasik ape pun x tahu namenyer. hihi~






Yeah.. dah seronok lepak3. belah malam kitorang layang BBQ lah. haaaaaa.. Ni hasil keras tangn cik huda kite yer. Saye adelah pembantu yang setia. hahaha~


 yummmyyy2!


Tudia. bersumgguh2 cik nurul ainza kite menyiapkan coeslow beliau. huhu! xsia2! sedap woi! huhu~

Ahad 22 Jan 2012;
Cerita banyak tak nak. Tengok gambar jela~ heee ;)
*sorry xdapat nak upload semua gambar. sensord sikit. haha.



kanak2 riang!



Haih. bila dah mandi2 sampai lebam. tibalah masa untuk pulang.. 

Tapi dengan xsengajanaya tercetus pula satu lagi aktiviti yang x disangka2. hahaha. Tapi malangya satu kejadian yang x diingini telah berlaku kepada cik huda. Namun begitu beliau gagahkan juga untuk meneruskan aktiviti ini..  HAR HAR HAR. Dah macam cerpen lah pulak..

Next Destination:
CAMERON HIGHLAND!!


yeah! ni je gamba yang sempat snap dekat cameron. haha. masing2 punye bateri camera dah kong.

SETIAP YANG BERLAKU PADA KETIKA INI BIARLAH IA MENJADI KENANGAN DIANTARA KITA

Hope kawan2 semua enjoyyy!!
Semoga kita berjumpa lagi.



Iluvualls~
bye!





02 February 2012

Spontaneous Thursday # 5

^ Assalamualaikum ^

aku tetap TERSENYUM walau sebenarnya aku KECEWA
aku tetap KUAT walau sebenarnya aku sudah TAK SANGGUP lagi..
aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya
baik2 saja walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA.
Kerana aku tahu,Allah sedang menguji aku di saat ini.

01 February 2012

Wordless Wednesday #4 : Alone.

^ Assalamualaikum ^


sob.sob.sob T__T
BYE!


31 December 2011

OMBAK RINDU

^ Assalamualaikum ^



Selamat pagi! yaaaa... tatkala ini jam tepat menunjukkan pukul 5:05 minit pagi. Angin malam seakan memahami kehendak mataku ini. Tetapi kugagahkan juga mata dan tenagaku untuk menghupdate belogku ini. huehuehue. Ehhhh.. berangan nak jadik penulis novel pulak!

Ye ye ye. aku tahu korang mesti dah tengok cerita ni kan??  Aku pon tengok jugakk la.. Baru je habis kesat2 air mata. hihi. Lambat? weeekkk ;). Masa mula2 cerita ni nak keluar aku dah pasang niat dah nak pegi tengok dekat wayang. Tapi bz la.. tak ada masa nak pegi.. Lagipun nak pegi tengok dengan sape? nak ajak BF. BF pon takde. Lalalaaaaa~ tak boleh la nak feeling2. hahaha.

So, aku memang tunggu masa untuk mendownlod je. Tiba2 semalam dekat facebook dah kecoh2  "OMBAK RINDU" dah boleh download. Aku pon ape lagi, dengan sepantas kilat terus aku download. Rugi hoiii x download.(bole tengok sorang2 feeling2 nanges. haha) Nak pegi tengok dekat wayang masa2 macam ni memang tak lahhhh...hihihi..Tapi aku rasa kalau aku pegi tengok dekat wayang lah kan, mesti akutak dapat nak feeling macam mana aku feeling tadi. kahkahkahkahkah... * Korang dapat bayangkan? hik~!

Eh,Dengar2 harini dekat youtube dorang dah delete dah Full movie "OMBAK RINDU". Nasib baiklah aku dah download...kikikiki.


PENDAPAT AKU untuk cerita ini;

  • MAYA KARIN? Oh, no! macam x sesuai je nak jadi IZZAH. Dia nampak sangat bandar la.... Kan best kalau heroin nampak macam kekampungan sikittt. huhu~
  • Hero sangat MACHO beb!! mak loike!!! mak suka!! haha~
  • Hmmm. tapi cerita macam kelam kabut sikit la.. aaaaaa.. semua mcam nak cepat2..part tu sikit. part ni sikit... xdan apa2 lagi Haris dah sayang gilaaaaaaaa kat Izzah. Haduiiiii... memangla cerita kat novel sangat panjang. Tapi bila buat movie macam ni rasa mcam cepat sangat masa tu berlalu.. T___T


Ok, ok dah takde apa nak komen. komen banyak2 pon aku tetap mengalirkan air mata lah tadi. sampai basah baju taw! *Errr..percaya ke?

Akhirkata;
REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENYERAH

kbai!



18 December 2011

Selamat pengantin baru kawan!

^ Alssalamualaikum ^


Hye, and hello pepss! Ini cerita beberapa minggu yang lepas. Macam biasalah. update lambat sikit sebab tunggu gamba diupload dalam facebook dulu. then baru lah boleh nak update belog kn? hehehehe. Nak update pon sekarang kena tunggu masa yang sesuai. Malam ni boleh la aku update belog kejap before tido, sebab esok pon memang tak keje kn. hehe ;)

Ok, ni Wedding kawan aku. kawan lama tahu! kawan masa aku form1 sekolah dekat perak. Aku sekolah dekat situ sampai form3 je. Sebab jauh dengan mak kan. Masa form4 aku tuka sekolah dekat shah alam. Dekat sikit dengan family.^__^  *bukan dekat sikit dah kot. memang sanagt dekat! haha~ 

Masing2 pon dah lost contact. Maklumlah lah dah pindah kan. masa dulu2 sekolah tak pakai lagi henpon! Dah tu nk contact macam mane..sekarang darjah 1 pon parents dah kasik henpon. =.="

Hmm. tapi bagus jugak la FACEBOOK ni, sebab dah mempertemukan kawan2 lama. Oh, terharunya! (*terima kasih facebook) hehe. Dekat facebook la kitorang contact2 balik, thenn kawan aku sorang ni nak kawen pulak. Masa ni lah boleh buat reunion sambil menyelam minum air! haha. Dah alang2 pegi wedding orang kata kn.. time ni lah nak jumpa balik kawan2 lamaaaaaaa ;)

Lovelyyyyy friends!!

So, dari KL kitorang gerak 5 orang.Tapi dalam gamba ade 4 orang je, sebab lagi sorang tu kumbang.. Masa nak pegi wedding ni dia x naik satu kereta dgn kitorang. Segan katenyer! haha~ Kitorang gerak hari sabtu pagi, wedding hari ahad sebenarnyer... Sajelah gerak awal..kot2 boleh lepak2 dulu ke kan....tapi sampai perak dah malam! oh, jalan jem kotttt! x tahulah kenapa sangat jem haighway masa tu... Kitorang Stay dekat Lumut, Sebab esok pagi nk konvoi ramai2 pegi wedding ;))


See, ni masa ondaway nak pegi rumah pengantin. kitorang konvoi dalam 6 ke 7 biji kereta macam tu la...tak ingat... Pagi2 kitorang dah siap2 sebab perjalanan ke rumah pengantin memakan masa hampir 2 jam! Wohoooo.. Lama x? lama x? hahaha. lama lah jugak kan.. Tapi pagi tu kitorang dah siap breakfast roti canai dulu dekat hotel! haha. Takot lapa ^__^



TAHNIAH BUAT RAJA SEHARI

SYAMIL & NUR DARINA
Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal hingga ke akhir hayat ;)


Boys.
Girlss.

Boyss ramai kan? Ofcozz la. Sebab kawan yang kawen tu pon memang boys.. hehehe. Girls tak ramai yang datang. Maybe bz stdy kot.. Kitorang ni dah tak study dah! haha~  Lepas selesai wedding kitorang teros gerak balik KL, tapi sempat jugak singgah dekat rumah kakak senior sekolah ni jugak. Singah makan laksa pulak! kehkehkeh.. * Terima kasih Kak piah!!

*Also thanksss to my LOVELY gugurl;)
Ieka, Fyna Wanie
&
Kak.rosnie

Credit to; Wanie, Saiful Azlan

Ok, Bye! Kawen jangan lupa jemput taw! hehe ;)